Monday, November 23, 2009

Bismillahirrahmaanirrahim...







Assalamualaikum w.b.t.


Bermula pada tarikh ini, bersamaan dengan 21 Disember 2009, saya Ali Qusyairy bin Abu Kassim, selaku Presiden iCon, MELETAKKAN JAWATAN selaku Presiden iCon Malaysia. Dan secara automatiknya, meletakkan semua jawatan yang disandang dan gelaran dalam Nadi iCon.

Diharap dengan perletakan jawatan ini akan memberi peluang kepada iConians yang betul2 layak dan berkaliber dalam memimpin dan memajukan iCon. Aku nak korang tunjukkan bakat dan sifat kepimpinan, serta idea2 baru dalam menerajui iCon ni...

Perletakkan jawatan ni takda kene mengena dalam apa2 atau pengaruh sesapa. Aku buat keputusan atas apa yang aku rasa patut.

1. Sebab aku tak dapat bagi komitmen penuh lagi dalam komuniti.

2. Aku ada tugas2 yang menghalang aku untuk bagi komitmen dalam apa2 program.

3. Aku nak bagi ruang pada generasi baru untuk menerajui iCon agar tercapai misi Pengasas.

4. Aku dah tua.

5. Lain-lain yang tak perlu cerita.

So, dengan ini, aku dah tak ada apa2 kaitan dengan iCon. Just kalau ada perlu pandangan atau komen, aku bleh la hulur sket2. Korang pun kalau jumpa aku kat luar, tegur2 la. Kita still boleh berhubung dengan each others..

Aku anggap iConians suma macam adik2 aku. Aku join iCon sebab aku xnak remaja2 kita berpeleseran kat luar tanpa apa2 pengisian yang befaedah. Jadi, setelah join iCon, dan menerajui iCon selama beberapa bulan, at least kita sama2 telah dapat membentuk sedikit sebanyak komuniti dan kekuatan kita yang tersendiri.

Aku nak minta maaf... Banyak lagi agenda yang aku cadangkan x sempat aku capai. Mungkin kesingkatan masa menghalang kita untuk teruskan. Antaranya, iConfidence, iCon Xtreme dan lain2... Oleh itu, aku serahkan je pada Presiden yang akan ganti aku lepas ni.. Aku percaya, dia boleh memikul tanggungjawab ni dengan lebih baik dan komited.

Di sini aku nak ambil kesempatan, selama aku dengan korang, kalau aku ada terkasar bahasa, tercarut depan korang, termarah korang, atau ada tebiat aku yang buat korang tak suka, aku menyusun 10 jari memohon maaf pada korang... Aku pun manusia, tak lari dari melakukan kesilapan... walaupun kadang2 kita rasa apa yang kita buat itu betul, belum tentu orang lain akan sama pendapat dengan aku... aku manusia, sering buat silap... korang pun manusia.. ada perasaan dan akal fikiran.. Aku harap suma maafkan aku..

Kepada Pengasas, Mr. Djebat... Kita sama2 dah harungi macam2 dugaan dan cubaan dalam iCon ni.. Mungkin sedikit sebanyak ada benda yang buat kita tak sependapat... Aku dah buat apa yang terdaya dan kita sama2 tau dari awal lahirnya iCon ni.. Aku minta maaf x dapat teruskan apa yang kita tubuhkan ni... Aku minta maaf x dapat nak bagi komitmen lagi dalam komuniti ni... Terima kasih pada Djebat, pada iConians sebab bagi kepercayaan pada aku dengan melantik aku selaku presiden korang...

Dari JB, naik ke KL... Pastu terus melompat ke Penang... Aku percaya iCon akan terus maju... Aku pernah terpikir dengan Djebat... Bayangkan kalau iCon dapat masuk aktiviti dalam program REMAJA TV3... Perh..!!! Kan best... Takpe.. akan datang korang boleh buat itu semua..

Aku harap, perletakan jawatan aku ni jangan la dipersoalkan... takda apa2 masalah dengan sapa2 dalam iCon... Takda masalah politik ke atau pengaruh dari sapa2... Aku letak jawatan sebab aku tak bleh nak join lagi... Tak dapat bagi komitmen... Dan segala yang aku sebutkan kat atas...

Akhir kata, aku harap Nadi dapat menerajui iCon dengan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.... Segala yang baik datangnya dari Allah... Segala yang buruk, lahir dari diri kita sendiri...

Orang lain takkan dapat ubah diri kita, selain diri kita sendiri...

Sekian, aku sayang korang semua.... Assalamualaikum w.b.t...





Ali Qusyairy Bin Abu Kassim

herry_qusyairy@yahoo.com

piukery@yahoo.com












Thursday, November 12, 2009

Seperti Dalam Statement Djebat

Secara peribadi, aku anggap mereka yang menyamar jadi orang lain ni seorang yang takde kayakinan diri, jati diri dia berada pada tahap bawah tapak kasut sebab dia tak yakin menjadi diri dia sendiri sampai terpaksa pinjam identiti orang.Kali ni, Pengerusi iCon KL, Dean jadi mangsa bila ada orang yang tak bertanggungjawab gunakan identiti Dean & bukak myspace dengan nama icon_dean & menggunakan gambar2 Dean. Ramai kalangan iConians yang dah add & approve makhluk tak bertanggungjawab ni. So aku ingatkan korang agar berhati2.Selalunya barang2 yang berkualiti yang akan ditiru. Jadi bila identiti iConians ditiru, aku tak pelik sebab..hehehe.. Oh ya, korang jangan lupa Mesyuarat & Gathering iCon KL.

********************************
Nadi sedang mempertimbangkan untuk menyiasat melalui pihak berkuasa yang terlibat. Ingat, NADI bagi tempoh satu minggu untuk deletekan blog atau laman palsu tue. Kalau tidak, kami tidak teragak2 membuat laporan Polis dan akan mengesan dalangnya melalui IP atau account dia.

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya





Assalamualaikum... Sempena Hari Raya ini...
Nadi ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...

MAAF ZAHIR DAN BATIN






Kad Raya yang nie paling menarik dan menyentuh hati... Beraya di Masjid Jer...

SEKALI LAGI NADI MENGUCAPKAN
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Tuesday, September 15, 2009

kad raye ni tau...



Salam uat semua warga iCON!!
Raya pon da dkt kn, nak pos kad pon da xsempat....

so,

dikesempatan ni, fila nk amik peluang mg
ucapkan
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"

mintak diampunkn segala kekhilafan diri selama perkenalan kita smda scr
SENGAJA/DISENGAJA/TERSENGAJA dgn all NADI n iCONians diseluruh malaysia.



love u all!!
fiela_gf
Setiausaha nadi iCON


Saturday, September 5, 2009

Bagaimana nak tubuhkan iCon ditempat anda?

Anda berminat nak join iCon... tapi anda jauh dari pusat kecemerlangan iCon (mcm JB, KL, Penang) untuk join aktiviti2 yang ada... Sebab kat tempat korang takda cawangan iCon terdekat... Korang nak pegi tempat2 yang ada iCon jauh pulak... kos lagi... pastu makan lagi, penginapan lagi...

Ermm... mesti pening kepala kan?

Apakata korang tubuhkan iCon di tempat korang...? Korang percayakan diri korang?

Ini adalah cara2 untuk menubuhkan iCon di tempat anda...

1. Dapatkan maklumat dari http://www.djebat.blogspot.com/ atau hubungi Pengasas (012-759 7151) atau President (017-223 1271) untuk pertanyaan berkenaan iConians yang dah mendaftar dari tempat anda...

2. Bila da dapat maklumat dorang, rancangkan satu perjumpaan pertama (first gathering) dengan iConians di tempat korang untuk kenal2/suaikenal/berkenalan/pengenalan/merisik/meminang dan sebagainya... Masa ni la korang boleh mengatur strategi untuk apa2 program sesuai di tempat korang... (tapi belum abis lagi untuk para 2 ni... sila ke para 3)...

3. Bila da kenal2an... So, korang bincang antara satu sama lain, untuk tentukan tarikh meeting perlantikan jawatankuasa Majlis Tertinggi untuk organisasi iCon di kawasan korang... (Seelok2nya meeting dibuat setelah 2-3 kali perjumpaan suaikenal... sbab, kalau da kenal2 baru korang da bleh agak sapa yang layak dilantik sbg Pengerusi dan J/Kuasa tertinggi di bawahnye,...)

4. Mase meeting, buat kat tempat yang proper la sket... kat Umah ke, Taman ke, Kedai makan (kureng sket, coz bising), bilik mesyuarat (lagi bagus), dewan balairaya atau di tempat2 yang kurang gangguan...

5. Mase meeting lagi... buat perlantikan secara undian untuk memilih penyandang bagi jawatan berikut;
a) Pengerusi
b) T. Pengerusi 1
c) T. Pengerusi 2
d) Setiausaha 1
e) Setiausaha 2
f) Bendahari 1
g) Bendahari 2

6. Bila dah ada penyandang jawatan ni maka terbentuklah organisasi korang... Jadi, jangan lupa trus buat minit mesyuarat... dan email kan pada herry_qusyairy@yahoo.com

7. Lepas tu, cuba dapatkan jumlah sebenar iConians yang berdaftar di tempat kamu dan report in kan kat aku or Mr. Djebat.

8. Then, buat perbicangan ringkas tentang perancangan korang untuk naikkan iCon di tempat korang... (Nama organisasi akan ditentukan oleh nadi... contoh; iCon Alor Setar/iCon Kuantan/iCon Segamat)

9. Set tarikh untuk first aktiviti yang korang nak buat ikut minat (ikut suara majoriti).

* Kalau ada kesempatan, Pengasas dan NADI akan datang berkunjung di tempat korang bila ada aktiviti...

TAPI... Bila korang da tubuhkan iCon Kawasan korang... Automaticly korang dah termaktub di bawah peraturan iCon yang perlu korang patuhi...

Antara yang penting;-

a) Tiada kutipan yuran dari MT Kawasan selain NADI
b) Apa2 program aktiviti mesti dimaklumkan terlebih dahulu pada NADI


c) Tidak memandai2 buat sesuatu tanpa rujukan
d) Tiada aktiviti yang berunsur jenayah diHalalkan dalam iCon..
f) NADI berhak membubarkan organisasi yang melanggar syarat atau mencemarkan imej iCon.
g) Dan syarat2 yang lain...

SEMOGA BERJAYA!!!

Reason kenapa ada Yuran...

Salam... Korang perasan tak? Korang g fotoshoot... tengahari buta... berpeluh sana sini.. sampai basah baju nak berganti... Pastu, minum and makan sendiri2...
Erm.. aku perasan benda ni since SKiP 1 lagi... aku tak sanggup tgk budak2 aku kehausan lagi...
Kalau da ada modal macam ni... at least masa aktiviti apa2 pun.. iCon da boleh sediakan air.. makan sendiri2 laa..
Satu lagi, cuba korang pk.. maser korang balik dari fotoshoot ke, nak pegi fotoshoot ke, nak pg dating ke, g pasar malam ke... atau di mana saja dalam dunia ni korang berada, tiba2 korang ditimpa KECELAKAAN... tak pernah sapa2 minta kan? tapi tetap tak boleh kita duga berlaku.. Bayangkan berapa banyak kos belanja perubatan yang korang kena tanggung.. pastu menyusahkan mak bapak lagi... Ini salah satu kelebihan dalam iCon.. Dengan yuran tersebut.. korang dilindungi... InsyaAllah.. kalau ada apa2 benda tak diingini berlaku... Insurans sbagai ahli iCon mgkin akan dapat mengurangkan beban korang...
Pikir la lagi... nak buat banner/banting/promosi... mana nak korek duit? K, cadangan colect sket2 dari sapa2 yang ada... Ermm.. sampai bila? N belum tentu semua ada duit... dan Adil ke pada smua? Kalau ada modal, dengan duit yuran la kita akan buat benda2 ni jugak..
Pikirkan lah... Nak inform pada semua pasai aktiviti iCon... satu sms maxis-maxis(RM0.05)Maxis-celcom(RM 0.15) Maxis-DIGI(RM0.15) lain2 rangkaian (RM0.15) bayangkan kalau 200 icon untuk di sms kan berkaitan maklumat aktiviti... berapa agaknya kos dia? Belum lagi ada yang jenis tak paham dok tanya benda yg da ada dalam maklumat tu lagi... kita masih belum ader sistem untuk emel kan je pada smua no wahai adik2 skalian...
Nak meeting, kena la ada kos sket... ini meeting kena kuar duit sendiri.. skarang bleh byarkan dulu... tapi sampai bila... meeting penting untuk planning iCon... kalau tak, tak sampai macam ni pergerakan kita... sebulan sekali je..
Begitu jugak untuk iCon negeri lain.. Ingat, yuran yang dibayar bukan hanya untuk diagihkan dalam peruntukan kita sahaja (JB)... Semua yang aku sebut di atas akan turut sama dirasa oleh iCon2 negeri lain...
Kalau kirakan, RM 50 tak cukup untuk tampung semua kos dalam setahun... kitorng NADI/MT pun kena kuar duit sendiri kadang2... Jadi, dengan yuran korang dapat la iCon meringankan beban smua pihak...

Monday, August 31, 2009

Disiplin...

Assalamualaikum...



Setiap kali ada projek, selalu perkara-perkara ini berlaku;



- Lambat Lambat Lambat Lambat

- Lambat Lambat Lambat Lambat

- Lambat Lambat Lambat



Pada mereka yang selalu terlibat dengan sikap ni... korang tau tak yang korang dah aniaya orang lain..? Sebab mereka2 yang bersikap macam ni la kebanyakan projek kita tergendala sehingga kadang2 sampai 2 jam... Pada mereka kalau dia saja lambat takpe... yang lain da sampai dulu...

Tapi korang kena ingat, dalam satu projek, semua orang penting...



Adik2... ingatla... kalau korang da jadi somebody, tak kira dalam iCon atau dalam karier korang sendiri, ketepatan masa adalah segalanya... Jangan sampai orang cop kita sebagai orang yang xda disiplin..



Kalau da sekarang korang biasakan diri korang berlengah2 untuk satu2 benda, selalu tak pandang serius pada ketepatan masa, percayalah, bila korang da melibatkan diri dalam bidang pekerjaan dan professional nanti, korang akan sukar untuk membiasakan diri...



Jadi dari sekarang la korang kena biasakan diri dan belajar menjadi orang yang sentiasa menepati masa... Masa memainkan peranan penting dalam sesuatu projek... Kalau korang lambat, korang akan melibatkan orang lain sekali... So, jadilah seorang iCon yang bertanggungjawab...