Thursday, July 30, 2009

iConfidence

Assalamualaikum...

Ini adalah projek yang sedang dirancangkan oleh Nadi-Nadi iCon yang tengah memerah otak untuk memastikan motif dan misi yang dikehendaki tercapai...

iConfidence

Projek ni adalah projek yang penting dalam membentuk iConians yang berketerampilan dan berkeyakinan tinggi.
Semua orang tahu, bahawa iConians adalah terdiri dari pelbagai latar belakang, dari segi akademik, segi pergaulan dan macam2 lagi.
Jadi dengan iConfidence, kita akan latih mereka yang kurang keyakinan, kurang ketahanan mental n fizikal, pada mereka yang selalu rasa rendah diri, dan lain-lain sifat negatif kepada seorang yang sebaliknya... Kira macam makeover laa..
Disamping tu, mereka juga akan diterapkan dengan ciri-ciri kepimpinan dan bagaimana nak mengawal emosi diri.
Pada korang, mungkin projek ni sama macam sekolah kan? TIDAK... projek ni adalah projek gaya tersendiri dan BUKAN slot2 ceramah macam zaman sekolah dulu. Semua slot dalam bentuk praktikal. Korang percaya x korang boleh berjalan di atas bara api tanpa terlecur sedikit pun tapak kaki korang? Ini bukan sihir, bukan magik atau camera trick... korang sendiri akan alami dan macamana korang nak lawan satu suara yang selalu kata TAK BOLEH dalam hati korang... Korang boleh cuba dalam projek ni nanti.
Mungkin korang da faham serba sedikit apa yang Nadi iCon kehendaki.
Kalau korang berminat, kumpulkan azam korang, sebab melalui projek ni nanti, iConians yang join mungkin akan terpilih untuk turutserta dalam projek akan datang yang confirm korang lagi suka....
Ni info serba sedikit:
Projek: iConfidence
Sasaran: Semua warga iCon (MT/EXCO/PENGARAH/PENGURUS adalah digalakkan turut serta)
Tarikh : Belum dapat ditentukan (dalam hujung tahun 2009... insyaAllah)
Tempat : Sedang dipastikan mengikut kesesuaian dan jarak.

Tuesday, July 28, 2009

Kelebihan menyertai iCon

Ada orang pernah tanya pada aku, " iCon nie salah satu bisnes MLM ke?"
Ok, biar aku jelaskan, iCon BUKANlah bisnes MLM atau pertubuhan yang melibatkan keuntungan atau perniagaan. iCon ditubuhkan untuk menjadi salah satu platform untuk mereka yang ingin berjaya n menjadi 'seseorang' dalam bidang yang diceburi atau yang diminati.
Kalau korang buka kamus pun, korang tau apa maksud icon itu sendiri, iaitu Simbol/Lambang bagi sesuatu. So, bila korang join iCon, kami mahukan setiap warganya menjadi simbol atau model kepada yang lain. Selain tu, bidang yang korang nak ceburi pun tidak tehad kepada hanya satu bidang saja. iCon ingin melahirkan icon yang serba boleh dan ada macam2 kemahiran. Contohnya korang minat modeling, pada masa yang sama korang pun nak cuba mendekati bidang fotografi, tiada masalah kalau korang nak cuba pegang kamera dan berkongsi kemahiran dengan ahli iCon Photo.
Dalam iCon, korang bebas memilih apa kehendak korang. Dan iCon tiada halangan untuk korang tubuhkan kumpulan baru selain iCon2 yang sedia ada. Contohnya korang minat novel/komik/megazine atau apa2. Korang sendiri boleh tubuhkan iCon dalam bidang tersebut dan korang yang akan arrangekan kumpulan baru korang dan daftarkan di bawah Nadi iCon untuk diwarwarkan.
Mulai tahun depan, warga iCon yang mendaftar dan membayar yuran, satu kelebihan buat anda sebab bila korang bayar yuran, automaticly korang akan dilindungi insurans selama satu tahun. Dan begitu juga bila korang perbaharui keahlian pada tahun hadapannya.
Ramai yang bertanya pada aku, bila nak buat Mesyuarat Agung iCon..?
InsyaAllah, dalam masa terdekat nanti aku akan maklumkan tarikhnya. Dalam mesyuarat agung tu aku harap MT iCon Negeri2 dapat turut serta. Kalau boleh semua warga iCon seluruh negara dapat turut serta. Buat masa ni kami Nadi iCon sedang bertungkus-lumus untuk menyiapkan Perlembagaan Pertubuhan. Diharap korang dapat bersabar ye.
Untuk iCon Negeri, aku harap korang da mulakan perancangan untuk adakan aktiviti sehingga hujung tahun ni. Nanti bagi laporan perkembangan kepada Nadi iCon.
K, sebarang rujukan, pandangan, pertanyaan atau apa-apa, korang boleh tanya terus kepada Pengasas atau Nadi iCon sendiri.

Monday, July 27, 2009

iCon Progress

Assalamualaikum
Alhamdulillah... segala yang dirancang nampaknya mula bergerak walaupun perlahan...
Dengan peranan yang diberikan oleh Mastermind iCon, Mr. Djebat, iCon sudah mula bertapak di seluruh negara...
Aku dapat rasakan yang semakin ramai yang mula mendekati iCon. Ramai yang dah mula menyelam dalam iCon dan mula mencari idea yang menarik dan boleh dijadikan aktiviti dalam iCon...
Selepas bermulanya Projek SKiP oleh iCon JB, langkah sama telah diambil oleh iCon Penang dan iCon KL. Tahniah buat korang sebab dah mula mengorak langkah. Tapi aku harap begitu juga yang akan dilakukan oleh iConians negeri2 lain...
Dan iCon Perak sudah mula nak membentuk MT untuk Organisasi MT iCon Perak, begitu juga dengan iCon Perlis.
Pada iConians sekalian, aku harap dalam iCon korang jangan lah hanya jadi Followers, treat yourself to be a Leader. Salah satu misi iCon untuk melahirkan Leader yang akan menjadi ikon pada yang lain. Dan iCon juga ingin melahirkan Leader yang berkualiti, versetile dan serba boleh.
Pada iConian sekalian, jadikan diri kita seseorang. Tingkatkan mutu diri melalui kebolehan yang ada.