Thursday, July 30, 2009

iConfidence

Assalamualaikum...

Ini adalah projek yang sedang dirancangkan oleh Nadi-Nadi iCon yang tengah memerah otak untuk memastikan motif dan misi yang dikehendaki tercapai...

iConfidence

Projek ni adalah projek yang penting dalam membentuk iConians yang berketerampilan dan berkeyakinan tinggi.
Semua orang tahu, bahawa iConians adalah terdiri dari pelbagai latar belakang, dari segi akademik, segi pergaulan dan macam2 lagi.
Jadi dengan iConfidence, kita akan latih mereka yang kurang keyakinan, kurang ketahanan mental n fizikal, pada mereka yang selalu rasa rendah diri, dan lain-lain sifat negatif kepada seorang yang sebaliknya... Kira macam makeover laa..
Disamping tu, mereka juga akan diterapkan dengan ciri-ciri kepimpinan dan bagaimana nak mengawal emosi diri.
Pada korang, mungkin projek ni sama macam sekolah kan? TIDAK... projek ni adalah projek gaya tersendiri dan BUKAN slot2 ceramah macam zaman sekolah dulu. Semua slot dalam bentuk praktikal. Korang percaya x korang boleh berjalan di atas bara api tanpa terlecur sedikit pun tapak kaki korang? Ini bukan sihir, bukan magik atau camera trick... korang sendiri akan alami dan macamana korang nak lawan satu suara yang selalu kata TAK BOLEH dalam hati korang... Korang boleh cuba dalam projek ni nanti.
Mungkin korang da faham serba sedikit apa yang Nadi iCon kehendaki.
Kalau korang berminat, kumpulkan azam korang, sebab melalui projek ni nanti, iConians yang join mungkin akan terpilih untuk turutserta dalam projek akan datang yang confirm korang lagi suka....
Ni info serba sedikit:
Projek: iConfidence
Sasaran: Semua warga iCon (MT/EXCO/PENGARAH/PENGURUS adalah digalakkan turut serta)
Tarikh : Belum dapat ditentukan (dalam hujung tahun 2009... insyaAllah)
Tempat : Sedang dipastikan mengikut kesesuaian dan jarak.

No comments:

Post a Comment