Tuesday, July 28, 2009

Kelebihan menyertai iCon

Ada orang pernah tanya pada aku, " iCon nie salah satu bisnes MLM ke?"
Ok, biar aku jelaskan, iCon BUKANlah bisnes MLM atau pertubuhan yang melibatkan keuntungan atau perniagaan. iCon ditubuhkan untuk menjadi salah satu platform untuk mereka yang ingin berjaya n menjadi 'seseorang' dalam bidang yang diceburi atau yang diminati.
Kalau korang buka kamus pun, korang tau apa maksud icon itu sendiri, iaitu Simbol/Lambang bagi sesuatu. So, bila korang join iCon, kami mahukan setiap warganya menjadi simbol atau model kepada yang lain. Selain tu, bidang yang korang nak ceburi pun tidak tehad kepada hanya satu bidang saja. iCon ingin melahirkan icon yang serba boleh dan ada macam2 kemahiran. Contohnya korang minat modeling, pada masa yang sama korang pun nak cuba mendekati bidang fotografi, tiada masalah kalau korang nak cuba pegang kamera dan berkongsi kemahiran dengan ahli iCon Photo.
Dalam iCon, korang bebas memilih apa kehendak korang. Dan iCon tiada halangan untuk korang tubuhkan kumpulan baru selain iCon2 yang sedia ada. Contohnya korang minat novel/komik/megazine atau apa2. Korang sendiri boleh tubuhkan iCon dalam bidang tersebut dan korang yang akan arrangekan kumpulan baru korang dan daftarkan di bawah Nadi iCon untuk diwarwarkan.
Mulai tahun depan, warga iCon yang mendaftar dan membayar yuran, satu kelebihan buat anda sebab bila korang bayar yuran, automaticly korang akan dilindungi insurans selama satu tahun. Dan begitu juga bila korang perbaharui keahlian pada tahun hadapannya.
Ramai yang bertanya pada aku, bila nak buat Mesyuarat Agung iCon..?
InsyaAllah, dalam masa terdekat nanti aku akan maklumkan tarikhnya. Dalam mesyuarat agung tu aku harap MT iCon Negeri2 dapat turut serta. Kalau boleh semua warga iCon seluruh negara dapat turut serta. Buat masa ni kami Nadi iCon sedang bertungkus-lumus untuk menyiapkan Perlembagaan Pertubuhan. Diharap korang dapat bersabar ye.
Untuk iCon Negeri, aku harap korang da mulakan perancangan untuk adakan aktiviti sehingga hujung tahun ni. Nanti bagi laporan perkembangan kepada Nadi iCon.
K, sebarang rujukan, pandangan, pertanyaan atau apa-apa, korang boleh tanya terus kepada Pengasas atau Nadi iCon sendiri.

No comments:

Post a Comment