Monday, November 23, 2009

Bismillahirrahmaanirrahim...







Assalamualaikum w.b.t.


Bermula pada tarikh ini, bersamaan dengan 21 Disember 2009, saya Ali Qusyairy bin Abu Kassim, selaku Presiden iCon, MELETAKKAN JAWATAN selaku Presiden iCon Malaysia. Dan secara automatiknya, meletakkan semua jawatan yang disandang dan gelaran dalam Nadi iCon.

Diharap dengan perletakan jawatan ini akan memberi peluang kepada iConians yang betul2 layak dan berkaliber dalam memimpin dan memajukan iCon. Aku nak korang tunjukkan bakat dan sifat kepimpinan, serta idea2 baru dalam menerajui iCon ni...

Perletakkan jawatan ni takda kene mengena dalam apa2 atau pengaruh sesapa. Aku buat keputusan atas apa yang aku rasa patut.

1. Sebab aku tak dapat bagi komitmen penuh lagi dalam komuniti.

2. Aku ada tugas2 yang menghalang aku untuk bagi komitmen dalam apa2 program.

3. Aku nak bagi ruang pada generasi baru untuk menerajui iCon agar tercapai misi Pengasas.

4. Aku dah tua.

5. Lain-lain yang tak perlu cerita.

So, dengan ini, aku dah tak ada apa2 kaitan dengan iCon. Just kalau ada perlu pandangan atau komen, aku bleh la hulur sket2. Korang pun kalau jumpa aku kat luar, tegur2 la. Kita still boleh berhubung dengan each others..

Aku anggap iConians suma macam adik2 aku. Aku join iCon sebab aku xnak remaja2 kita berpeleseran kat luar tanpa apa2 pengisian yang befaedah. Jadi, setelah join iCon, dan menerajui iCon selama beberapa bulan, at least kita sama2 telah dapat membentuk sedikit sebanyak komuniti dan kekuatan kita yang tersendiri.

Aku nak minta maaf... Banyak lagi agenda yang aku cadangkan x sempat aku capai. Mungkin kesingkatan masa menghalang kita untuk teruskan. Antaranya, iConfidence, iCon Xtreme dan lain2... Oleh itu, aku serahkan je pada Presiden yang akan ganti aku lepas ni.. Aku percaya, dia boleh memikul tanggungjawab ni dengan lebih baik dan komited.

Di sini aku nak ambil kesempatan, selama aku dengan korang, kalau aku ada terkasar bahasa, tercarut depan korang, termarah korang, atau ada tebiat aku yang buat korang tak suka, aku menyusun 10 jari memohon maaf pada korang... Aku pun manusia, tak lari dari melakukan kesilapan... walaupun kadang2 kita rasa apa yang kita buat itu betul, belum tentu orang lain akan sama pendapat dengan aku... aku manusia, sering buat silap... korang pun manusia.. ada perasaan dan akal fikiran.. Aku harap suma maafkan aku..

Kepada Pengasas, Mr. Djebat... Kita sama2 dah harungi macam2 dugaan dan cubaan dalam iCon ni.. Mungkin sedikit sebanyak ada benda yang buat kita tak sependapat... Aku dah buat apa yang terdaya dan kita sama2 tau dari awal lahirnya iCon ni.. Aku minta maaf x dapat teruskan apa yang kita tubuhkan ni... Aku minta maaf x dapat nak bagi komitmen lagi dalam komuniti ni... Terima kasih pada Djebat, pada iConians sebab bagi kepercayaan pada aku dengan melantik aku selaku presiden korang...

Dari JB, naik ke KL... Pastu terus melompat ke Penang... Aku percaya iCon akan terus maju... Aku pernah terpikir dengan Djebat... Bayangkan kalau iCon dapat masuk aktiviti dalam program REMAJA TV3... Perh..!!! Kan best... Takpe.. akan datang korang boleh buat itu semua..

Aku harap, perletakan jawatan aku ni jangan la dipersoalkan... takda apa2 masalah dengan sapa2 dalam iCon... Takda masalah politik ke atau pengaruh dari sapa2... Aku letak jawatan sebab aku tak bleh nak join lagi... Tak dapat bagi komitmen... Dan segala yang aku sebutkan kat atas...

Akhir kata, aku harap Nadi dapat menerajui iCon dengan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.... Segala yang baik datangnya dari Allah... Segala yang buruk, lahir dari diri kita sendiri...

Orang lain takkan dapat ubah diri kita, selain diri kita sendiri...

Sekian, aku sayang korang semua.... Assalamualaikum w.b.t...





Ali Qusyairy Bin Abu Kassim

herry_qusyairy@yahoo.com

piukery@yahoo.com












No comments:

Post a Comment