Soalan lazim bagi yang nak kenal iCon
Apa itu iCon?
iCon adalah satu komuniti yang dianggotai oleh pelbagai golongan yang mempunyai pelbagai minat.
Apa yang ada dengan iCon?
iCon menganjur/mengadakan pelbagai aktiviti yang meliputi pelbagai minat warganya, contohnya dalam Photoshoot, Modelling, Talent, Dancing, Acting dan lain2.
Motif iCon?
iCon ditubuhkan selari dengan keadaan dan trend masakini. Ramai yang mempunyai minat dan bakat, tapi dorang tak tau macamana nak kembangkan bakat n minat dorang tu. Dengan iCon, iCon membuka peluang mereka untuk mengembangkan apa yang dorang ada di samping berkongsi pengalaman/ilmu dan kelebihan masing-masing melalui aktiviti-aktiviti yang akan dikendalikan oleh dorang sendiri.
Dapat duit ke dengan iCon?
iCon bukan pertubuhan yang mengejar keuntungan dan bukan bersifat perniagaan. Ia ditubuhkan untuk ahlinya mengembangkan bakat serta kebolehan. TAPI, dalam masa yang sama warga iCon juga boleh mencari side income dengan aktiviti yang dorang buat sendiri atau job2 yang dorang dapat. iCon tiada halangan untuk warganya yang berpeluang untuk menjadikan kebolehan mereka sebagai mata pencarian.
Misi iCon?
Untuk melahirkan warga yang professional dalam bidang masing-masing, disamping mempunyai jatidiri dan sifat kepimpinan.
Program-program iCon yang dah buat dan yang akan datang?
Yang dah lepas;- (yang sempat dicatat je banyak lagi sebenarnya)
1. Gathering iCon JB - April/Mei 2009
Gathering ni dibuat beberapa kali, kehadiran 20-30 dan bertambah setiap kali. Bertempat di
Diva Karaoke JB.
2. Meeting iCon - Mei 2009
Mesyuarat dengan semua warga iCon JB. Dan perlantikan Majlis Tertinggi iCon Community.
Bertempat di Bangunan JOTIC, JB.
3. 1st Meeting Nadi iCon - Mei 2009
Nadi-nadi yang dilantik mengadakan mesyuarat pertama kali di Hotel New York, JB.
4. iCon in Nyalas - Jun 2009
Warga iCon membuat lawatan di rumah Aril (AF) dan Izwan Pilus. 20 orang keahlian.
Bertempat di Nyalas, Jasin Melaka.
5. iCon Talent - Jun 2009
Warga iCon memberi sokongan moral kepada salah sorang iCon yang menyertai Pertandingan
Karaoke KIPS Idol, bertempat di KipMart Tampoi.
6. SKiP (Suaikenal iCon Photo) - Jun 2009
Photoshoot bersama 12 photographer dan 15 model bertempat di Istana Lama JB.
7. iCon Talent - Julai 2009
Mengadakan lawatan untuk melihat sendiri latihan Teater Mutiara Medini dijalankan.
Bertempat di Yayasan Warisan Johor.
8. Gathering iCon KL- 02 Ogos 2009
Pertemuan iConians dari KL dengan Nadi iCon. Tempat di Perkarangan Taman KLCC KL.
Akan Datang...
1. iCon Raya - Ogos 2009
Warga iCon berkumpul dengan lengkap berpakaian baju raya untuk buat Photoshoot
sempena Hari Raya.
2. iCon X-treme - end of year 2009
Pertandingan paintball/memanah.
3. iConfidence - end of year 2009
Program 3 hari 2 malam khas untuk meningkatkan keyakinan diri, kepimpinan dan
kemahiran warga iCon terpilih. tempat belum diputuskan.
4. iCon Nature - end of year 2009
Program dekati alam sekitar melalui lawatan di tempat-tempat menarik di sekitar dalam
negara
dan lain-lain yang akan dimaklumkan.
Boleh jadi terkenal ke dengan iCon?
Boleh, dengan komitmen dan kesungguhan anda sendiri. Contohnya, kalau nak jadi terkenal dalam modelling, kalau kamu rajin nak polish skill dan rajin mendalami apa yang korang minati, tak mustahil kamu akan ditawarkan job oleh agensi atau company berkaitan. Sebab setiap model iCon akan di perkenalkan kat blog.
Setakat ni, ni saja soalan yang biasa ditanya. Andaikata anda ada kemusykilan, bolehlah kemukakan melalui ruangan komen di blog ini.
Tuesday, June 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment